Selasa, 29 November 2022

Nai Din - keluarga besar Syarif Abu Bakar Shah.

Silaturrahim bersama keluarga Syarif Abu Bakar Shah.

Alhamdulillah pertemuan bersama keluarga Nai Din . Syarif Abu Bakar Shah hijrah dari Ligor ke Kedah. Syarif Abu Bakar memiliki 5 orang anak. Dari pecahan itu ramai keturunan ini ramai di Kedah. Penempatan utama keluarga ini ramai di Napoh , Kota Mengkuang , Tualang ,  Kubur Panjang dan lain lain lagi.

Kali ini kami silaturrahim dengan pengerusi keluarga Nai Din iaitu Syeikh Alauddin bin Dato Syeikh Abu Bakar dan ajk keluarga Nai Din.

Allah ketemukan kami dari jalur anak Syarif Abu Bakar Shah yang bernama Nai Chau Abu.

1.Syeikh Alauddin dari anak Nai Chau Abu yang bernama Nai Din. 
2.Pak Ngah Zamri Jeram dari jalur anak Nai Chau Abu yang bernama Nai Man.
3.Saya , Al Fakir Helmi dari jalur anak Nai Chau Abu yang bernama Nai Doi. 

1.Nai Din terlibat dalam perang musuh bisik.
2.Nai Man juga terlibat dalam perang musuh bisik.
3.Manakala nenek saya Nai Doi tercatat dalam At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah beliau merupakan orang kuat istana , penghulu Napoh yang dipertanggungjawab membawa bunga emas ke Thai dan iring Sultan Kedah ke Thai.

Nai Doi , Nai Din , Nai Mat merupakan anak kepada Koya Nai Chau Abu bin Syarif Abu Bakar Yang Di Pertuan Ligor .

Alhamdulillah cucu cicit berkumpul , dari satu kembali bersatu .
Semoga Allah berkati pertemuan ini dan terus rapatkan ukhwah silaturahim sesama keluarga besar Syarif Abu Bakar Shah dan Sultan Sulaiman Singgora Darussalam.

Kenangan 28.11.2022
Pertemuan dengan Syeikh Alauddin pengerusi keluarga Nai Din 

29.11.2022
Ziarah makam Nai Din dan Nai Doi .

Sejarah Syarif Abu Bakar Shah:

http://pondoktauhid.blogspot.com/2020/09/sejarah-yamtuan-syarif-abu-bakar-shah.html?m=1

https://youtu.be/7mVbWFzzT8g

https://youtu.be/7GaB5NaHQcA

Saya tinggalkan tulisan disini untuk rujukan keluarga besar yang lain supaya mudah mencari semula keluarga dan merapatkan semula hubungan keluarga besar kita.

Anak anak syarif Abu Bakar Shah ada 5 orang 
1. Koya Long
2. Koya Ngah
3. Koya Shuib
4. Koya Nai Chau Abu
5. Koya Fai.
Dari 5 orang ini tersebar anak cucu cicit Syarif Abu Bakar Shah.

Penerangan :
1. Nai 
Nai ialah tuan atau dalam bahasa lain syed atau Syarif. 
2. Nai Kedah.
Tiada gelaran Nai di Kedah kecuali ia adalah keturunan Syarif Abu Bakar Shah yang hijrah dari Liggor ke Kedah.
3. Ada orang kata,"cari apa sejarah Nai?" dan ada pula yang mempersenda dengan "geng anai anai". 
Saya menjawab :
Bagi ahli pecinta sejarah,geng nai ada terbahagi dua yang digelar oleh pecinta sejarah 
" Nai putih dan nai hitam" . Nai putih ialah ahli keluarga yang mencari asal usul hanya untuk bersilaturrahim dan kami amat taat setia dan sayangkan kesultanan Kedah seperti datuk nenek kami yang berkhidmat taat setia kepada kesultanan Kedah.

Nai hitam pula ialah mereka yang membuat dakwa dakwi bagi mencari kemegahan dan riwayat sejarah yang tiada ada asas serta sejarah yang bercampur aduk hingga tersasar jauh dari fakta sebenar. Wallahualam.

#keluargasyarifabubakarshah
#silaturrahimkerabatsyarifabubakarshah










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haul Pak Su Mid kali ke 2