Khamis, 17 November 2022

Muzakarah Guru Pondok , Ulama , asatizah Kedah isu hukum mengundi














 Pengistiharan Resolusi Muzakarah Ulama di Pondok Sungai Mati, Langgar, Kedah.

Maka kami yang terdiri dari kalangan Ulamak yang bermuzakarah pada hari ini (17/11/2022) terpanggil untuk menyatakan pandangan tentang kewajipan para pengundi melibatkan diri dalam proses pilihanraya bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian terhadap agama, bangsa dan negara. Dalam masa yang sama, kami menyeru seluruh pengundi yang layak membuang undi agar memahami perkara tersebut: 

1. Wajib ke atas umat Islam mengundi kerana menjaga agama, bangsa dan Negara.

2. Adalah berdosa bagi setiap umat Islam yang tidak memilih pemimpin yang adil dan membiarkan kemungkaran bermaharajalela. 

3. Generasi muda perlu diberi kefahaman tentang kewajipan menyertai pilihan raya dan membuang undi demi menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

4. Generasi kini juga perlu memahami bahawa politik adalah sebahagian daripada Islam dan membersihkan fahaman politik adalah suatu yang kotor.

5. Sudah tiba masanya golongan ulamak cakna terhadap politik dengan bersuara dan melibatkan diri dalam organisasi politik tanahair yang membentuk gabungan ulamak dan umarak.

6. Muzakarah Ulamak pada hari ini sebulat suara bersetuju bahawa gabungan parti politik yang mesti dipilih oleh pengundi pada PRU ke 15 ini adalah Perikatan Nasional bagi menjamin keutuhan agama, bangsa dan negara serta kesejahteraan dan keharmonian kaum dapat terpelihara. 

#BersamaUlamak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haul Pak Su Mid kali ke 2