Ahad, 26 Februari 2023

Uhud - simpanan helmi assyafie

 Siri (9): Uhud yang terluka, memilukan hati


Akibat pelanggaran arahan baginda Rasulullah ﷺ di Bukit Pemanah, maka pihak musuh mengasak untuk pastikan baginda Nabi ﷺ terbunuh.


Maka, datanglah:


1) Abdullah bin Abi Waqas dengan membaling besi kepada baginda Rasulullah ﷺ, berlaku hentakan pada kepala Rasulullah ﷺ lalu berdarah.


2) Abdullah bin Shihab: Baling batu-batu lalu terkena gigi depan Nabi. Gigi seri Rasulullah ﷺ pecah lalu serpihan gigi itu tertanam dalam bibir Rasulullah ﷺ. 😭


3) Datang pula Abdullah bin Ibn Qumai'ah bawa pedang lalu melepaskan tetakan demi tetakan sehingga terkena pipi Rasulullah ﷺ lalu 2 serpihan dari topeng besi termasuk dalam pipi Rasulullah ﷺ.


4) Dalam keadaan pertahankan diri baginda Rasulullah ﷺ terjatuh dalam lubang yang telah digali  oleh Abu Amir Al-Fasiq @ Ar-Rahib.


Bayangkan 2 lapisan baju besi yang dipakai baginda Rasulullah ﷺ, lalu terjatuh dalam lubang pula 😭😭


Apabila jatuh, maka kafir musyrikin anggap Nabi dah terbunuh. Tambahan pula Abu Sufian datang menjerit:


أفيكم محمد؟ أفيكم ابن أبي قحافة؟


"Masih adakah Muhammad dengan kalian? Masih adakah Ibn Abi Quhafah?


Baginda Rasulullah ﷺ minta sahabat untuk berdiam. Mereka bertempit seronok kerana menyangka baginda Rasulullah ﷺ telah wafat.


Sentimen ini menyebabkan sahabat juga yang terkesan kerana Rasulullah ﷺ dah wafat .


Namun, Sayyidina Umar tak tahan sehingga ia beliau kuatkan suaranya mengatakan bahawa baginda Rasulullah ﷺ masih ada.


Pihak musuh kemudian bubar bersurai dari kawasan ini.


: SAHABAT DATANG TOLONG, BELIAU PULA SAKIT  ::


Bila Rasulullah ﷺ jatuh, maka datang Abu Bakar dan Abu Ubaidah nak tolong.


Serpihan besi tertusuk masuk dalam pipi daging Rasulullah ﷺ, datang Abu Bakar dan Abu Ubaidah Al-Jarrah untuk tolong


Abu Ubaidah berkata kepada Abu Bakar: Kali ini giliran aku untuk tolong lalu beliau tarik besi yang tertanam itu dengan bibirnya, akhirnya bibirnya berdarah, lalu tarik pula guna giginya akhirnya  giginya patah. Nak tarik besi yang kedua, gigi yang keduanya pula patah."


Allah..kerana itu beliau digelar yang Al-Jarrah iaitu yang terluka banyak.


:: DISINILAH BAGINDA NABI ﷺ SOLAT DUDUK::


Akibat luka yang parah, baginda Rasulullah ﷺ solat Zohor & Asar secara di sini yang dinamakan sebagai masjid Fasakh.


- Banyak jasa sahabat yang boleh diceritakan di sini, semuanya satu tujuan iaitu untuk melindungi dan khidmat kepada Rasulullah ﷺ.


Khidmatlah kita kepada Rasulullah ﷺ, moga baginda Nabi ﷺ tersenyum dengan kita.


والله تعالى أعلى وأعلم بالصواب


Catatan: Al fadhil al mukarram al ustaz Abu Abbas Muhd Shahir











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haul Pak Su Mid kali ke 2