Khamis, 11 Februari 2021

Pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz















Genap 6 tahun Almarhum Tok Guru Nik Aziz meninggalkan bumi Kelantan... 
Jasa, kepimpinan & ajarannya di bumi Kelantan dan Malaysia ini tiada ternilai...

Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 12 Februari 2015. 

أَللَّهُـمَّ أَحْيِنَا بِحَيَاةِ الْعُلَمَآءِ الْعَامِلِيْنَ وَاَمِتْنَا بِمَوْتِ الْشُّهَدَآءِ وَالْصَلِحِينَ وَاحْشُرْنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِى زُمْرَةِ الأَوْلِيَآءِوَاُدْخِلنَا الْجَنَّةَ مَعَ الأَنْبِيَاءِ

Ya Allah, hidupkanlah kami dengan hidup para ulama dan matikanlah kami dengan wafatnya para syuhada dan orang² soleh, dan kumpulkanlah kami pada hari kiamat dlm kelompok para wali & masukanlah kami ke syurga bersama para Nabi.

Aamiin Allahumma Aamiin..


 

Isnin, 8 Februari 2021

Helmi Assyafie dan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

Biodata Ringkas 

Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari AN Nadwi Al Maliki..

Di sini diturunkan sebuah biodata ringkas Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki untuk sesiapa yang kurang mengenali beliau atau masih tercari-cari siapakah gerangan Tuan Guru Syeikh yang hasil tulisannya banyak didapati di toko-toko buku agama di seluruh negara.

Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi Al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjar Masin, Kalimantan Selatan. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan selatan sehingga Tingkatan ‘Aliyah. Beliau seterusnya melanjutkan pendidikan di Yayasan Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur.

Pada tahun 1980, beliau telah meneruskan pengajiannya di India, bersama dengan ulama’ terkenal Samahah As-Sheikh Abul Hassan Al-Hasani An-Nadwi r.h. di Nadwatul Ulama’, Lucknow. Pada tahun 1984, beliau menamatkan pengajiannya di India dan datang ke Malaysia, seterusnya berkhidmat di Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Derang di Pokok Sena, Kedah sehinggalah ke hari ini.

Beliau juga merupakan Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Warateweh, Kalimantan, Indonesia yang dibuka pada tahun 2001 dan 2003. Disamping itu, beliau adalah Ketua Umum Majelis Ulama’ Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah untuk sessi 2004 – 2009.

Melalui penerbitan Khazanah Banjariah, Al-Fadhil telah bergiat aktif dalam usaha pengeluaran kitab-kitab berbahasa Melayu. Antara lain, Al-Fadhil telah banyak menyusun kitab-kitab kumpulan hadits-hadits seperti ‘40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman’, ’40 Hadis Penawar Hati’ dan ‘40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama’. Al-Fadhil juga telah mentahkik dan menerbitkan semula kitab-kitab karangan ulama’ silam Nusantara As-Sheikh Abdul Samad Al-Falimbani seperti ‘Sairus Salikin’ (4 jilid) dan ‘Hidayatus Salikin’.

Disamping itu, Al-Fadhil juga aktif menterjemahkan kitab-kitab tasawuf yang ulung seperti ‘Bidayatul Hidayah’ dan ‘Ayyuhal Walad’ karangan Imam Al-Ghazali serta ‘Bustanul Arifin’ karangan Imam An-Nawawi.














Haul Pak Su Mid kali ke 2